Seramai 25 orang guru (enam lelaki dan selebihnya perempuan) telah mengikuti dengan jayanya kursus di atas pada 10 - 12 Mei 2011.
Mereka terdiri daripada guru-guru dari Daerah Tumpat, dan guru-guru dari Daerah Pasir Mas.
Sepanjang kursus itu, guru-guru dibimbing oleh Encik Azaha Ibrahim yang memperkatakan bidang kurikulum, Encik Maniyamin Ibrahi
m (prosa moden dan genre drama) dan Puan Fauziah Mohd Noor (puisi moden dan tradisional).
Menurut Encik Jamaludin, guru-guru yang mengikuti kursus ini bakal ditugaskan bagi membimbing guru-guru di sekolah masing-masing, atau membantu Jabatan Pelajaran Negeri mengembangkan maklumat-maklumat baharu dalam bidang pendidikan.
Kursus selama tiga hari ini merupakan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) di bawah program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM).
