08 Januari 2012

3 Pensyarah JPM Bertukar

Menyambut tahun baru 2012, JPM kehilangan tiga orang pensyarah. Pensyarah berkenaan ialah Encik Maniyamin Ibrahim, Encik Mazri Ab Rahman dan Encik Ruziman Omar. Ketiga-tiga mereka telah dinaikkan pangkat dari DG44 kepada DG48.

Encik Maniyamin Ibrahim telah bertukar ke IPG Kampus Tawau, Sabah, Encik Mazri Ab Rahman bertukar ke IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak, manakala Encik Ruziman Omar bertukar ke IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. 

Encik Maniyamin Ibrahim baharu sahaja dilantik sebagai Munsyi Dewan (Sastera) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dan merupakan satu-satunya Munsyi Dewan (Sastera) bagi Zon Timur, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu.

Walau apapun, JPM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jasa dan sumbangan ketiga-tiga mantan pensyarah JPM tersebut. Semoga perkhidmatan mereka di tempat baharu akan menambahkan lagi kecemerlangan.