22 Julai 2010

Diskusi Persuratan Baru


Gagasan Persuratan Baru bertunjangkan tiga falsafah penting yang bersandarkan Surah al-A’raf ayat 172,” demikian tegas Mazri Abd. Rahman dalam ceramahnya yang bertajuk Gagasan Persuaratan Baru: Suatu Pengenalan.
Ceramah ini disampaikan dalam Diskusi Ilmu Pengajian Melayu Siri 1 anjuran Kelab Bahasa Melayu (Kebayu), IPG Kampus Kota Bharu, baru-baru ini.
Menurut beliau, tiga falsafah itu ialah Hakikat Insan, Hakikat Ilmu dan Amal, dan Fungsi Sastera.
“Hakikat Insan bertolak daripada penciptaan manusia dan janji jiwa manusia ketika masih dalam alam roh, Hakikat Ilmu dan Amal pula bertitik tolak daripada pengertian ibadah manusia kepada Allah, manakala Hakikat dan Fungsi Sastera pula sebagai suatu bentuk ibadah manusia.

Katanya, bersandarkan pada tiga falsafah itu menyebabkan ada karya sastera yang menepati Gagasan Persuratan Baru dan ada yang bertentangan dengan konsepnya. Hal ini termasuklah karya Sasterawan Negara.
“Novel-novel seperti Langit Petang, Salina karya A Samad Said, Sami Mekong (Azizi Haji Abdullah), Orang Kota Bharu (S Othman Kelantan), Sultan Baginda, Tivi (Shahnon Ahmad), Sajak Pulang Si Tangang, Goethe (Muhammad Haji Salleh) adalah sebilangan karya yang ditolak dalam GPB,” tegas beliau.

Penolakan itu adalah disebabkan terdapat imej-imej yang bertengangan dengan Islam sebagaimana yang digarisi dalam tiga falsafah hakikat GPB.

20 Julai 2010

Kursus Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Kursus Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Melayu telah diadakan pada 13 - 15 Julai 2010 bertempat di Bilik Mahfor Baba, IPG Kampus Kota Bharu. 

Kursus 3 hari ini dihadiri oleh guru-guru dari Kelantan dari sekolah menengah dan sekolah rendah. 


Fasilitator yang terlibat ialah Encik Ishak Ibrahim yang membicarakan peranan nyanyian dalam didik hibur, Maniyamin Ibrahim (peranan pantun), Encik Sheikh Mazri Abd. Rahman (lakonan) dan Encik Shari Yusof (bercerita).

Guru-guru yang terlibat sebagai peserta ialah Mahani bt Mohamad dari SMK Puteri, Rusmita Husain (SK Sg. Embak), Wan Zabidah Wan Omar (SMK Kandis), Noryani Samsudin (SK Dewan Besar), Khuzaimah Hamid (SK Bandar Kuala Krai), Siti Zubaidah Mohd Nor (SMK Sri Nipah), Wan Sahani Wan Mahmood (SMK Kubang Kerian 2), Ahmad Ridhwan Mohd (SMK Ismail Petra), Lim Sin Phey (SMK Dato' Perdana), Azman Abdullah (SK Pangkal Nering), Zainuddin Mamat (SK Kg. Kerilla), Nik Hassan Nik Hussin (SK Pak Roman), Maznah Daud (SK Belukar), Hasbullah Noor (SK PKL. Mak Wan), N. Azizah Mat Yuno (SMK Bachok), Suriati Abd. Rahman (SMK Seri Intan), Muhammad Arif Man (SMK. Teratak Pulai), Noratul Mastura Che Daud (SMK Puteri Saadong), Nik Pohzaiti Azera Azahari (SK Kemubu), Rosnita Mohamad (SMK.  Salor) dan Hj. AhmadBazli Mohd Radzi (SJK (C) Yuk Chai.    

19 Julai 2010

MBM Bengkel Penulisan Bahasa Melayu SR


Seramai 23 orang guru sekolah rendah telah mengikuti Program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) bagi Siri 7 di IPG Kampus Kota Bharu.






Bengkel yang dinamakan Bengkel Penulisan Bahasa Melayu SR telah diadakan di Bilik TSP, IPG Kampus Kota Bharu, pada 13 Julai hingga 15 Julai 2010.

Sepanjang sesi tersebut, mereka dibimbing oleh beberapa orang fasilitator, iaitu Encik Azaha Ibrahim, Zaleha Mohd Noor, dan Sheikh Roslam Abdullah










Guru-guru yang terlibat sebagai peserta ialah Aminah Yaakub (SK Mekasar), Nor Azah Muhammad (SK Dato' Ab. Hamid 1), Remali Noor (SK Bahagia), Ramzan Salleh (SK Pangkal Gong), Mohd Zolkafli (SK Sri Kiambang), Nor Hasimah Zakaria (SK Meranti), Husein Sulaiman (SK Kedai Tanjong), Mohd Sairazi Mahmood (SK Kedondong), Koo Jit Cheng (SJK(C) Yok Eng), Fatnah @ Arffah Muhammad (SK Bukit Tiu), Suhana Sarnin (SK Ayer Merah), Norizan Mohd Zin (SK Banggol Chicha), Zubaidah Isa (SK Jemal), Abd. Aziz Abdullah (SK Sultan Ibrahim 3), Mohd Arselan Abdullah (SK Ladang Taku), Rosaida Md Rashid (SK Tok Bok), Norhashima A. Wahab (SK Kuala Krai), Eshah Bakar (SK Kubang Chenok), Haslinah Mat Ali (SK Kuala Nal), Nik Nor Harisam Nik Din (SK Kg. Karangan), Rihaza Abdul Ghani (SK Tanjong Chenok), Noor Hayati Abu Bakar (SK Sultan Ibrahim 2) dan Mohammad Termizi Daud (SK Othman Talib 1).

Pameran Teknologi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pameran ini anjuran bersama pelajar PISMP (BM/PJ/Sivik) semester 3 dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu, berlangsung pada 04 Mei 2010, bertempat di Dataran Ilmu, IPG - KKB. Pameran ini turut dihadiri para pensyarah dari pelbagai jabatan dan para pelajar IPG - KKB dari pelbagai opsyen. Tahniah kepada penganjur, dan kepada pelawat - semoga anda memperoleh manfaatnya.





Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir kepada Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Puan Narita Mohd Noor, dan pensyarahnya, Puan Zaleha Mohd Noor, Encik Mohd Hasbi Haron, dan Encik Ruziman Omar. 

 















Majlis kekeluargaan ini khas untuk mereka yang lahir dalam bulan Januari hingga Mei. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA DAN HIDUP ANDA SEMUA.

14 Julai 2010

Diskusi Teori Persuratan Baru

Kelab bahasa Melayu (Kebayu) menganjurkan majlis Diskusi Pengajian Melayu Siri 1 pada 20 Julai 2010 bertempat di Dewan Seminar 1 mulai pukul 8.00 pagi.

Diskusi ini akan membincangkan "Teori Persuratan Baru dan Pengaplikasiannya dalam Pendidikan" akan disampaikan oleh Encik Mazri Abdul Rahman. Beliau merupakan pensyarah tetap JPM di IPG Kampus Kota Bharu, dan pensyarah sambilan bidang kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia.

Penyertaannya adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, sama ada pelajar, penulis, pengkaji mahupun peminat kesusasteraan.

Teeori Persuratan Baru merupakan satu teori tempatan yang dijanakan oleh Mohd Afandi Hassan, seorang penulis tersohor dari Kelantan.

Sama ada teori tempat ini sesuai atau tidak diterapkan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu di sekolah atau universiti akan diketahui jika anda menghadiri majlis ini. 

Kebayu

Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPG Kampus Kota Bharu telah menubuhkan anak syarikat sebagai tapak pelaksana aktiviti pensyarah dan pelajar. anak syarikat tersebut dinamakan Kelab Bahasa Melayu atau ringkasnya Kebayu. 

Tujuan utama Kebayu ialah menjadikan JPM sebagai pusat kegiatan keilmuan dalam konteks pengajian Melayu. Di samping itu, Kebayu berusaha memberi pendedahan kepada pelajar opsyen Bahasa Melayu dan pensyarah JPM, khususnya dalam aspek keilmuan dan pengalaman mengurus organisasi.

Pensyarah penasihat Kebayu terdiri daripada Encik Maniyamin Ibrahim, Encik Aminuddin Mamat dan Encik Abdullah Mohd Yassin.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kebayu ialah:-

  • Bengkel SPSS pada 01 Julai 2010
  • Bengkel SPSS pada 17 Julai 2010
  • Diskusi Pengajian Melayu Siri 1 pada 20 Julai 2010