"Pendidikan hari ini adalah untuk kemudahan hidup pada hari depan," demikian tegas Pengarah, IPG Kampus Kota Bharu (IPG -- KKB), Encik Hashim bin Deraman.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Penutup Program Pendedahan Sekolah Pedalaman dan Majlis Pelancaran Bilik Sumber Pedagogi Peribumi di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi (Sekepal), Gua Musang, pada 26 Mei 2010.
Majlis 2 + 1 ini diadakan pada 24 - 26 Mei 2010, bertujuan memberi pendedahan tentang hal ehwal di sekolah kawasan pedalaman kepada para pelajar KPLI (Bimbingan dan Kauseling, dan Kajian Sosial) ambilan Jun 2009.
Mereka merupakan kumpulan pelajar KPLI ambilan khas yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman mulai bulan Jun 2010.
Sehubungan itu, Tuan Pengarah IPG - KKB meminta dan menasihatkan ibu bapa di Kampung Pasir Linggi khususnya agar sentiasa menggalakkan anak-anak mereka datang ke sekolah pada sepanjang tahun.
Katanya, walaupun pada musim memetik buah atau cuti hendaklah jangan bercuti panjang kerana cuti panjang akan menyebabkan pelajaran anak-anak terjejas.
"IPG - KKB sentiasa bersedia memberi bantuan dan sumbangan kepakaran kepada pihak sekolah bagi memajukan sistem pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi ini," katanya.
Selain itu, Tuan Pengarah juga memberitahu akan sentiasa menghantar para pelajar ke sekolah untuk membantu sekolah membina alat-alat bantu mengajar, di samping memberi pendedahan kepada mereka.
Menurut beliau, bukti keperihatinan dan kesediaan IPG -- KKB membantu sekolah-sekolah kawasan pedalaman, khususnya Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi (Sekepal).
Usaha ini terbukti dengan kewujudan Bilik Sumber Pedagogi Peribumi yang pertama kali diwujudkan.
Bilik ini dilengkap dengan pelbagai bahan bantu mengajar yang merangsangkan.
Dalam ucapan oleh Ketua Murid pula, Adik Amzi mengucapkan terima kasih banyak kepada IPG - KKB, khususnya Tuan Pengarah, pensyarah dan pelajarnya kerana tidak loket membantu murid-murid Sekepal menimba ilmu.
Dari segi sejarah, Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi (Sekepal) mula dibuka pada tahun 1970 di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli .
Pada peringkat awal Sekepal mempunyai bilangan murid seramai 70 orang. Mereka terdiri daripada suku kaum orang asli Bateq.
Pada 1 Januari 1996, secara rasmi Sekepal diambil-alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan ditadbirkan oleh guru besar pertamanya, Tuan Haji Abd. Ghani bin Che Omar.
Pada tahun 1997, satu blok bangunan mengandungi dua bilik darjah telah dibina menggantikan bangunan papan yang telah usang bagi menempatkan 90 orang murid.
Mulai tahun 2000, Sekepal mendapat kemudahan Asrama Desa yang dapat menampung 70 orang murid.
Manakala, pada November 2001, satu lagi bangunan Asrama Desa telah dibina.
Manakala, pada November 2001, satu lagi bangunan Asrama Desa telah dibina.
Sekarang, Sekepal mempunyai bilangan murid seramai 152 orang . Mereka datang dari Kampung Pasir Linggi dan juga dari Kampung Aring 5.
Berkenaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekepal adalah bermula pada tahun 2002. Seramai empat orang murid mengambil UPSR.
Pada tahun ini, 2010, Sekepal menjangkakan beberapa orang muridnya akan memperoleh sekurang-kurang 2A dalam peperiksaan UPSR.
Pada tahun ini, 2010, Sekepal menjangkakan beberapa orang muridnya akan memperoleh sekurang-kurang 2A dalam peperiksaan UPSR.