18 Oktober 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan


YBrsh. Dr. Mohd Aziz bin Mohd Din
Bertempat di Dataran Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan  (KKB) 2010 Peringkat IPG Kampus Kota Bharu (IPG-KKB), semalam.


Majlis ini dihadiri oleh semua pelajar IPG-KKB yang terdiri daripada pelajar program PPISMP, PISMP, dan KPLI, serta para pensyarah dari kesemua jabatan.





Pelajar perempuan IPG-KKB dari pelbagai kaum
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPG-KKB ini adalah sempena BBK 2010 peringkat kebangsaan yang dilancarkan baru-baru ini.

BBK yang bertemakan 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara di peringkat IPG Kampus Kota Bharu telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah IPG-KKB, YBrsh Dr. Mohd Aziz bin Mohd Din.
Pelajar lelaki IPG-KKB dari pelbagai kaum
Beliau menegaskan bahawa adalah penting bagi semua warganegara dari pelbagai lapisan masyarakat  dalam  Malaysia menghayati bahasa kebangsaan.
Hal ini kerana bahasa kebangsaan menjadi identiti bagi sesebuah negara. Di Malaysia, bahasa kebangsaannya adalah terdiri daripada bahasa Melayu.
Encik Amiruddin Mamat
                       
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan, khusus pada di tempat dan situasi yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya, ialah dalam majlis rasmi kerajaan dan para pemimpin negara tanpa mengira parti yang diwakili.


Encik Tuah Sujana (PPISMP BM)
"Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franka di Asia Tenggara, dan dituturkan oleh bukan sahaja orang Melayu, malahan bangsa-bangsa lain yang berurusan di Asia Tenggara," tegas beliau.
Cik Ros Adila
Oleh sebab itu, tegas beliau, adalah penting kita menggunakan bahasa dengan betul demi mengeratkan hubungan antara kaum dan keharmonian sesebuah negara.
Selain ucapan dan syarahan, BBK peringkat IPG-KKB turut diselitkan deklamasi sajak oleh pensyarah dan para pelajar. 




Encik Mohd Hafiz




Wakil pensyarah diisi oleh Encik Amiruddin Mamat, manakala pelajar telah diwakili oleh Tuah Sujana (PPISMP Sem. 3) , Ros Adila (PISMP Sem.4) dan Mohd Hafiz (PISMP Sem. 4)



Objektif BBK;

(a) Mempersegar semangat kecintaan masyarakat dan memperkukuh kembali keyakinan mereka terhadap keupayaan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sosial dan perpaduan serta bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi;

(b) Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan cinta bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan;
Sebahagian pensyarah dan pelajar IPG-KKB dalam majlis pelancaran BBK 2010

(c) Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa Malaysia;

(d) Memperkuat kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa dan sastera IPG Kampus Kota Bharu; dan

(e) Mempromosikan peranan, fungsi dan kepentingan bahasa dan sastera di IPG Kampus Kota Bharu sebagai salah satu elemen dominan pembinaan tamadun bangsa dan negara bangsa Malaysia.